Thursday, April 7, 2011

Lagi pasal Highway Senai-Desaru

Sepertimana post Cik Senyum yang lalu, Cik Senyum beritahu yang highway Senai Desaru yang menghubungi Desaru - Cahaya Baru masih belum dibuka kepada umum. Kalau highway yang menghubungi Senai - Tiram-Cahaya Baru dah dibuka. lama dulu.

Sehingga ke saat Cik Senyum taip post ni pun ia masih belum dibuka lagi. Nak cuba2 redah? Jgn cari pasal. Pagi tadi Cik Senyum dah nampak 3 orang penjaga highway duduk bawah khemah putih di simpang masuk persimpangan Penawar tu. Ha ha... kalau terlepas masuk tu memang Cik Senyum tabik spring. toing toing toing toing.

Curiosity membawa Cik Senyum melungsuri laman http://www.sde.com.my/. banyak maklumat yang Cik Senyum nak kongsi dari laman web tu....antaranya


Berapakah jarak perjalanan bagi setiap destinasi di E22?
Jarak perjalanan keseluruhan Lebuhraya Senai-desaru adalah sepanjang 77 km. Jarak perjalanan di antara persimpangan-persimpangan adalah seperti berikut:
1.    Senai ke Ulu Tiram – lebih kurang 23 km.
2.    Ulu Tiram ke Cahaya Baru – lebih kurang 20 km.
3.    Cahaya Baru ke Pasir Gudang – lebih kurang 7 km.
4.    Cahaya Baru ke Penawar (Desaru) – lebih kurang 27 km.

Bagaimana hendak ke Bandar Penawar/Desaru menggunakan lebuhraya E22?  
> Dari: Senai / Lebuhraya PLUS (Kuala Lumpur / Melaka / Negeri Sembilan)
     Pengguna dari lebuhraya PLUS perlu keluar di Persimpangan Senai Utara / Tuas / Linkedua dan sejurus selepas pembayaran tol, sila ambil laluan menghala ke Senai. Selepas lebih kurang 2 km perjalanan, sila masuk ke Persimpangan Lebuhraya E22 yang dikenali sebagai Persimpangan Utama Senai. Untuk ke Desaru / Penawar, sila ambil susur keluar di Persimpangan Ulu Tiram dan teruskan perjalanan ke Desaru / Penawar menggunakan FR3.
     Nota : Anda boleh menggunakan E22 untuk ke Desaru / Penawar pada awal tahun 2011 menerusi Persimpangan Penawar dengan hanya 18 minit dari Persimpangan Cahaya Baru.
>  Dari: Pasir Gudang / Cahaya Baru
     Anda boleh menggunakan E22 menerusi Persimpangan Pasir Gudang yang terletak di Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat dan terus ke Persimpangan Cahaya Baru. Untuk ke Desaru / Penawar, sila ambil susur keluar di Persimpangan Ulu Tiram dan teruskan perjalanan ke Desaru / Penawar menggunakan FR3. 
      Nota : Anda boleh menggunakan E22 untuk ke Desaru / Penawar pada awal tahun 2011 menerusi Persimpangan Penawar dengan hanya 18 minit dari Persimpangan Cahaya Baru.

Bagaimana hendak ke Senai/Kuala Lumpur/Lebuhraya PLUS dari Pasir Gudang?
     Anda perlu masuk di persimpangan Pasir Gudang menerusi Jalan Persiaran Tg. Langsat dan dalam masa 4 minit anda akan tiba di Persimpangan Cahaya Baru. Di sana, anda perlu mengambil kad transit dan teruskan perjalanan ke Senai di mana ianya akan menghubungkan anda terus ke Lapangan Terbang Senai atau ke Kuala Lumpur / Linkedua menerusi Lebuhraya PLUS (E2).
Bilakah sambungan Lebuhraya  E22 ke Bandar Penawar akan siap? 
     Lebuhraya E22 yang menyambungkan Cahaya Baru dan Penawar telah siap sepenuhnya dan sedang menanti kebenaran daripada kerajaan untuk membuka laluan tersebut kepada pengguna.

Tol
 
Kenderaan kelas 1 (kereta)
                         Senai      Ulu Tiram    Cahaya Baru       Penawar
Senai                   -               3.70              7.60                     11.20
Ulu Tiram         3.70                -                4.70                      8.20
Cahaya Baru     7.60             4.70                -                        5.90

Penawar           11.20           8.20              5.90                        -
* Panjang jambatan merentasi Sungai Johor ialah lebih kurang 1.7 km 

9 comments:

  1. Mekacih Cik Senyum atas info yg jelas nie... Sye pn da lalu hgway B.Penawar-Senai.. Tp atas tiket khas... Rzki sy dpt lalu c 2.. Mmg pemandangan indah d sepajang jmbtan.. M'damaian t'utama d waktu pg... X sabo nk lalu lagi sbb dkat sgt dgn umah adik kat Tmn. Pasir Putih P.Gudang...

    ReplyDelete
  2. Wah...sungguh bertuah Cik Nakal dah dapat lalu highway tu.Walaupun Cik Senyum belum naik highway tu, dah dapat jangka pemandangan yang indah.Tu yang tak sabar tu.

    ReplyDelete
  3. Salam cik senyum

    SDE ni kat belakang umah saya je kat kota masai ni. byk yg saya nak komen ttg SDE ni w/pun hari2 saya gunakan (secara salah) utk ke tempat kerja di Tg Langsat.

    yelah, dulu xde SDE senang la nak ke tempat kerja sekarang dah ada SDE susah la pulak jadinya.

    sebab apa susah? sebab xada jln utk ke tg langsat. kena la jln secara menyongsang sblm menyelit ke laluan ke PG/Tg Langsat. takkan le kami yg duk kota masai ni nak lalu Tmn Pasir Putih yg hari2 sendat & sesak dgn kereta tu.

    Harap2 pihak berkenaan buatlah laluan utk kami ni, kira2 sbg CSR le.

    Satu lagi ialah kadar tolnya yg teramat MAHAL. Bayangkan tol dari Cahaya Baru ke Senai jer RM7.60. (Actually jarak Pasir Gudang ke Senai melalui E22 lebih jauh berbanding melalui Lebuhraya Pasir Gudang)

    Tol balik kampung (kluang) pun baru je RM6.20 (Skudai ke Simpang Renggam)

    Kesimpulannya; bagi saya E22 ni indah khabar dari rupa. Penduduk sekitar Pasir Guang ni x dpt manfaat maksima pun. Tapi yg untung ialah tokey lebuhraya (kapitalis) hurmmmm....dunia dunia

    ReplyDelete
  4. Terlebih dahulu Cik Senyum minta maaf ya En Anonymous (En A)kerana di saat kegembiraan Cik Senyum menyambut SDE ada pihak lain berdukacita.

    Izinkan Cik Senyum menyatakan mengapa kehadiran SDE dinantikan :
    1) Selama berpuluh tahun , kami nak keluar bandar kena lalu satu-satunya jalan iaitu Pengerang-Kota Tinggi. Pembangunan di sini dah makin pesat terutamanya di Bandar Penawar di mana terdapat pelbagai kolej dan sekolah.Anak2 Felda Generasi kedua hampir semua berkereta. Kalau Sabtu-Ahad jalan sure jem punya. Raya lagilah.Jadi kedatangan SDE memang dinantikan sebagai alternatif jalan perhubungan darat.
    2) Kehadiran SDE diharapkan dapat menjana pembangunan ekonomi di kawasan sini terutamanya yang melibatkan sektor pelancongan dan diharapkan juga membawa impak positif kepada peniaga/pengusaha kecil dan sederhana.

    Di sebelah pihak lagi,iaitu En A dan teman2 seangkatan yang lain, kehadiran SDE nampaknaya membawa bersama permasalahan masyarakat setempat di mana kehadiran SDE membawa kepada ketiadaan jalan biasa menghubungi Tg Langsat. Juga, keselamatan pengguna jalanraya yang terpaksa lalu menyongsang.

    Jika En A masih membaca post ini, Cik Senyum teringin bertanya pernahkah perkara ini dibincangkan dan disedari oleh mana-mana pihak?.

    Walau apapun jawapannya, Cik Senyum berharap adalah orang di luar sana yang membaca luahan hati En A terutamanya berkenaan phrase ini: "Harap2 pihak berkenaan buatlah laluan utk kami ni, kira2 sbg CSR le."

    Semoga semua urusan kita semua dipermudahkan Allah. Amin....

    ReplyDelete
  5. Salam Cik Senyum

    Nampaknya SDE ni adalah 'blessing in disguise'. Rahmat disebalik sedikit musibah (actually bukanlah musibah pun hanya 'hardship' kepada kami di Taman Kota Masai ni)

    Bukanlah nak komplen, cuma nak bgtau saja. Agaknya mereka ni (tuanpunya lebuhraya & pihak yg berkenaan) dalam keterujaan melaksanakan projek ini alpa dengan keperluan masyarakat setempat. Itulah, bagi kami disini apalah salahnya dibuat laluan buat kami.

    Tak dinafikan impak positifnya kepada mereka di Kota Tinggi. Saya pun pernah mengalami situasi sptmana Cik Senyum nyatakan sbb saya juga pernah ikut kawan-kawan balik kampung di Pengerang atau Air Tawar, ada kaum keluarga di felda-felda di KT, kekadang bersama family makan angin & mandi laut kat pantai KT.

    Semoga keujudan SDE dpt memberi manfaat sptmana yg kita harapkan.

    P/S - silap2 selapas ni lengang bandar Kota sebab lagi mudah ke JB drp ke bandar Kota.

    En A

    ReplyDelete
  6. Terima kasih ya En A kerana sudi membaca di blog Cik Senyum yg tak seberapa ni dan terima kasih kerana sudi memberi pandangan2.

    Betul juga kata2 EN A : "silap2 selepas ni lengang bandar Kota sebab lagi mudah ke JB drp ke bandar Kota.",. Kenapa? Sebab Cik Senyum dan rakan2 seangkatan dah lama berangan2 kalau rehat hari Jumaat (12.15 -2.45) kami nak pergi TESCO ke, JUSCO ke dll....

    ReplyDelete
  7. Salam

    dengar-dengar tolnya nanti pun boleh tahan mahalnya.

    harap-harap itu hanya khabar angin saja

    En A

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyalah En Abumar, tolnye memang mahallah.....
      tapi kalau dah terpaksa Cik Senyum redah SDE juge....cepat sampai dan kurang jem
      Cuma leceh sikit kalau ada kenderaan rosak atau accident.... one way expressway lah katakan....
      sabo je lah kite ye.....

      Delete
  8. CS dan family memang selalu guna SDE sbb cepat kalau g JB. But last two days, i noticed that ...
    jalan dah makin teruk. banyak lubang, jalan beralun.

    very sad

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...